picture

 

MAJLIS PENYAMPAIAN DOKUMEN MS ISO 9001:2015 KELUARAN 7.



Tarikh 17 Aug 2015

4 Ogos 2015, merupakan tarikh bersejarah bagi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti ( LGCD ) Sarawak bersama 20 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sarawak apabila berjaya melancarkan Keluaran 7 Sistem Pengurusan berkualiti berasaskan MS ISO 9001:2015.  Untuk tahun 2015, pihak LGCD dan 20 PBT komited untuk mendapatkan persijilan MS iSO 9001:2015 yang mana SPK berkenaan baru sahaja diperkenalkan pada tahun ini.  Buat masa ini, SPK yang digunapakai ialah berasaskan MS ISO 9001:2008.

Semua dokumen yang diperlukan seperti Manual Operasi dan Proses Kerja telah berjaya disediakan setelah pengumpulan data dilaksanakan seawal Januari 2015.  Tindakan seterusnya yang dirangka ialah proses Audit Dalaman, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan dan Audit Pematuhan.  Semoga usaha ini dapat direalisasikan melalui persijilan berdasarkan versi terbaru MS ISO 9001:2015.