Perutusan Setiausaha Majlis
Salam sejahtera dan selamat datang ke Laman Web Majlis Daerah Lawas. Dengan kesempatan ini, saya bagi pihak Majlis Daerah Lawas mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan dan dorongan pihak Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak dan individu tertentu dalam menjayakan program pembangunan Laman Web Majlis , disamping memberi ruang kepada Majlis ini untuk mengetengahkan aktiviti-aktiviti dan program-program yang sedang rancak dilaksanakan seiring dengan pembangunan semasa.
Dengan adanya Laman Web Majlis ini, maka ianya dapat menyalurkan secara terperinci pembangunan Daerah Lawas dan beberapa aktiviti dapat disampaikan ke pengetahuan umum secara tepat dan cepat sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, disamping mengutarakan pandangan awam mengenai sesuatu aktikel/perkara yang berhubung kait dengan pengurusan pihak Majlis.
Akhir kata selamat memasuki ke laman Web Majlis Daerah Lawas dan semoga dengan adanya laman web ini akan dapat sama-sama kita melahirkan pendapat dan pandangan yang membina untuk memajukan Daerah Lawas pada amnya dan Negara khususnya.
Sekian, terima kasih.
ZULKIPLI BIN HAJI SAHARI
Setiausaha
Majlis Daerah Lawas