picture

Perutusan Pengerusi Majlis

 

Perutusan Pengerusi Majlis


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Ibu Pertiwiku.
 
Dalam era digital kini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah salah satu aspek yang ketara dalam kehidupan seharian. Oleh dengan itu, Majlis Daerah Lawas (MDL) dengan ini telah mewujudkan laman web ini sebagai salah satu ruang komunikasi di antara pihak Majlis dengan orang awam secara atas talian.

Tujuan utama Majlis menyediakan platform ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada orang awam untuk mengakses maklumat terkini mengenai pejabat ini serta mendapatkan perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu, orang awam juga boleh mengutarakan sebarang pendapat, idea atau maklumbalas kepada pihak Majlis menerusi laman web ini.

Pihak Majlis Daerah Lawas sentiasa berusaha dalam membuat penambahbaikan untuk meningkatkan lagi kualiti laman web ini. Kami juga sentiasa mengalu-alukan sebarang komen dan pendapat daripada anda sebagai salah satu usaha dalam memperbaiki dan memantapkan lagi perkhidmatan Majlis.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini dengan merakamkan berbanyak terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web Majlis Daerah Lawas.

Sekian, terima kasih.
 

LADIN BIN HAJI ATOK
Pengerusi
Majlis Daerah Lawas