ANJUNG SARI LAWAS

 

ANJUNG SARI LAWAS


Gerai Anjung Sari Lawas adalah merupakan tarikan terbaru bagi pengunjung untuk datang ke Daerah Lawas. Ianya terletak di tepi Sungai Lawas dan berhadapanan dengan Bulatan Gasing. Nama asal Gerai Anjung Sari adalah Gerai Makan Tebingan Ekspress, Lawas. Ini adalah kerana tempat tersebut juga berdekatan dengan Terminal Ekspress bagi orang awam yang ingin ke Brunei Darussalam, Labuan dan Limbang dengan menggunakan pengangkutan sungai. Gerai Makan Tebingan Ekspress, Lawas mula dibina pada tahun 1998 dengan kos RM362,579.00 sewaktu zaman YB Dato’ Henry Sum Agong menjadi Setiausaha Majlis Daerah Lawas dengan sebanyak 12 unit lot sahaja. Pada tahun 1999, sebanyak 12 lot ditambah lagi dengan kos RM297,557.00 dan ianya telah menjadikan sebanyak 24 lot. Setelah beroperasi hampir 14 tahun, Pengurusan Majlis Daerah Lawas telah mencadangkan untuk menaiktaraf bangunan tersebut dengan kos RM175,150.00. Projek menaiktaraf gerai telah dimulakan pada 12/05/2012 dan siap pada 25/07/2012 dengan kos secara keseluruhan fari Fasa 1, 2 dan 3 mencecah RM835,280.00. Ianya telah dirasmikan pada 13/9/2012 yang lalu oleh YB Datuk Amar Hj. Awang Tengah Bin Ali Hassan, Menteri Perancangan Sumber Alam Dan Alam Sekitar II, Menteri Kemudahan Awam Dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak. 

IMG_0299.JPG