Rumah Terbuka Majlis Daerah Lawas
Pada 4.9.2012 yang lalu, Majlis Daerah Lawas telah telah mengadakan Majlis RamahTamah Aidilfitri yang bertempat di Lobi Pejabat Majlis Daerah Lawas sendiri. Para jemputan adalah terdiri daripada kakitangan jabatan dan orang awam. Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y.B Dato Henry Sum Agong, Ahli Parlimen kawasan P222.
Terdapat pelbagai juadah yang disediakan oleh pihak Majlis. Ramah Tamah tersebut sekalilgus dapat mengeratkan lagi hubungan tanpa mengira bangsa mahupun agama. Majlis yang bermula pada jam 10 pagi telah tamat pada jam 2 petang.