PENERANGAN MEGENAI LOGO
Tanduk (Hitam):
Menggambarkan daerah Lawas sebagai pusat pengeluar utama Kerbau di Bahagian Limbang.
Daun (Hijau):
Melambangkan fungsi majlis dalam aspek keindahan bandar iaitu pengindahan kawasan bandar dengan tanaman bunga dan pokok.
Rumah (Coklat):
Melambangkan kuasa majlis dalam aspek pemeriksaan plan bangunan sebelum diluluskan.
Segi Enam (Merah/Oren):
Melambangkan pengurusan penyelenggaraan kemudahan awam dan warna putih di bahagian tengah melambangkan aspek kebersihan.
Gear (Coklat):
Melambangkan peranan Bahagian Kerja raya dalam penyelenggaraan dan penyediaan aspek kejuruteraan.
“MAJLIS DAERAH LAWAS”:
Menggambarkan lain-lain fungsi majlis dalam bidang pentadbiran, penguatkuasa, perpustakaan dan penilaian.