PERMOHONAN PERMIT BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS) 2020 BAGI PENIAGA KECIL/PENJAJA/GERAI MAKANAN YANG TIDAK BERLESEN
Selaras dengan surat dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, MLGH/PH/21/Jld.8(28) bertarikh 18 April 2020 mengenai Permohonan Permit untuk BKSS 2020 bagi peniaga kecil/penjaja/gerai makanan yang tidak berlesen. Oleh yang demikian, bagi para peniaga kecil/penjaja/gerai makanan yang masih belum mempunyai permit digalakkan untuk memohon.
Borang permohonan boleh dimuat turun di SINI
Borang yang telah diisi berserta dokumen yang lengkap boleh dihantar ke:
Majlis Daerah Lawas
Jalan Trusan Bypass,
98850, Lawas
Kaunter akan dibuka bermula 9:00 pagi sehingga 3:00 petang (Isnin - Jumaat)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian: 085-284001/285357
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 MEI 2020
SETIAUSAHA
MAJLIS DAERAH LAWAS
20 APRIL 2020