Berita

PERLANTIKAN BARU PENGERUSI MAJLIS DAERAH LAWAS
Tarikh : 11 Oct 2018
 

Pada 9 Oktober 2018, En. Ladin Hj. Atok, Pegawai Daerah Lawas telah dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi Majlis Daerah Lawas yang baru bagi menggantikan En. Husaini Hj Hakim yang telah berpindah ke Pejabat Residen Bahagian Bintulu.  En. Ladin Hj. Atok sebelum ini bertugas di Pejabat Daerah Kecil Sundar, Lawas sebagai Sebagai Pegawai Tadbir.

Majlis perlantikan dan seterusnya majlis angkat sumpah telah dilaksanakan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Bil 3/2018.