PERINGATAN PEMBAHARUAN LESEN |
Tarikh : 11 Jan 2018 |
Dimaklumkan kepada semua pemegang lesen semasa Majlis Daerah Lawas bahawa tempoh akhir pembaharuan lesen untuk tahun 2018 ialah pada 11 Februari 2018. Lesen yang dijelaskan selepas tarikh berkenaan akan dikenakan surcaj sebanyak 10% daripada nilai lesen setahun.
Sebagai makluman umum, sahlaku lesen majlis adalah sehingga pada 31 Disember setiap tahun semasa. Tempoh pembaharuan lesen ialah 42 hari bermula dari 1 Januari tahun semasa. Bagi lesen Hiburan, pembaharuan tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Penuh Majlis.
Borang Permohonan Pembaharuan Lesen boleh diperolehi di pejabat majlis pada waktu pejabat bagi pelesen premis majlis sahaja. |