PROGRAM SAY NO TO STYROFOAM |
Tarikh : 11 Jan 2018 |
Bermula pada 1 January 2018, pihak majlis telah mengenakan larangan penggunaan bekas pembungkus makanan dan minuman daripada bahan Styrofoam. Pelaksanaan arahan ini dibuat secara berperingkat bermula daripada premis - premis majlis dan akan diperluaskan ke premis - premis bukan milik majlis. Satu taklimat dan pelancaran telah dilaksanakan pada 12 Disember 2017 diperkarangan pejabat Majlis Daerah Lawas. Seramai 80 orang pelesen dan wakil pelesen telah hadir dalam program berkenaan. Bagi melancarkan pelaksanaan arahan diatas, pihak majlis telah memberi tempoh selama 3 bulan kepada semua pelesen untuk mengambil tindakan yang sewajarkan bagi menjayakan program berkenaan. Program berkenaan telah dilancarkan oleh Cr. Richard Raut Rining selaku Pengerusi program berkenaan. Gimik pelancaran semua peserta yang hadir diminta untuk menandatangani banner sebagai sokongan. Pihak pelesen juga diminta menggantung bunting yang disediakan di premis masing - masing sebagai tanda sokongan dan hebahan umum. |