Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 20 Nov 2017
Versi 8.0.2c
PerkelahanPerkelahan

Perkelahan

Lawas dengan alam semulajadi yang cantik dan menghijau mempunyai beberapa tempat perkelahan yang telah dikenalpasti dapat dibangunkan menjadi sebuah tempat yang menarik. Pihak Majlis telah membangunkan serta menyediakan kemudahan di tempat perkelahan ini bagi memudahkan orang ramai yang berkunjung terutamanya di hujung minggu ataupun cuti umum. Di antara tempat-tempat tersebut ialah seperti di bawah ;


Pantai Punang
Pantai Punang merupakan pantai yang berdekatan dengan pantai sungai bangat.Pantai yang mempunyai keluasan yang agak besar ini sering dijadikan tempat perkelahan serta perkhemahan murid-murid sekolah.Seperti Sungai Bangat pemandangan di pantai ini juga sungguh indah dan sering dikunjungi.


Pantai Sumgai Bangat
Merupakan sebuah pantai yang terletak di Punang iaitu kira-kira 16 kilometer dari bandar Lawas.Pantai ini diberi nama sungai bangat berdasarkan nama sebatang sungai.Tempat yang indah dengan pemandangan serta pasir yang memutih menjadi tempat ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan.


Sungai Melasak
Bagi orang ramai yang tidak gemar dengan cuaca panas di pantai. Sungai Melasak boleh dijadikan pilihan. Dengan air terjun yang indah serta air yang jernih menjadi tempat ini menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan.Sungai Melasak ini terletak di Kampung Pengalih iaitu kira-kira 15 kilometer dari Bandar Lawas.

Merarap Hot Spring

Diusahakan oleh penduduk tempatan.  Terletak 69km dari Bandar Lawas.  Amat sesuai untuk perkelahan keluarga dan individu yang inginkan cabaran perjalanan kerana laluan ke kawasan berkenaan menggunakan jalan industri pembalakan.  Disamping suasan pemandangan sepanjang perjalanan amat mempesonakan dengan hutan, bukait bukau dan perkampungan kaum Lun Bawang yang tenang dan damai.