Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 18 Nov 2017
Versi 8.0.2c
Kawasan Rekreasi dan Taman AwamKawasan Rekreasi dan Taman Awam

Bagi mengalakan penduduk Lawas beriadah dengan keluarga, pihak majlis tidak ketinggalan mewujudkan beberapa taman rekreasi bagi kegunaan umum. Pihak Majlis berharap dengan adanya taman-taman sebegini, ianya dapat mengeratkan lagi perhubungan dan kerjasama di antara kaum di daerah ini. Pihak majlis juga akan sentiasa berusaha untuk mewujudkan lebih banyak lagi tempat persiaran bagi kegunaan penduduk Lawas. Di antara taman-taman rekreasi yang telah dibina ialah Taman Cina, Taman Payau(rusa) dan Taman Henry. Setiap taman rekreasi memaparkan konsep yang berlainan serta berkaitan dengan ciri-ciri daerah Lawas serta masyarakatnya.  Terkini Dataran Lawas, Tebingan Sungai Lawas dan Taman Awam Lawas telah mula beroperasi.

TAMAN PAYAU
Dinamakan Taman Payau (bahasa tempatan bagi Rusa) disebabkan daerah Lawas masih kaya dengan hidupan liar ini.

    

TAMAN CINA

Taman ini telah dinamakan Taman Cina disebabkan ianya tempat kaum Cina berkumpul untuk bemain Bola Keranjang pada suat masa dahulu. Menyediakan kemudahan pentas berserta gelanggang.

  

TAMAN MASJID BARU ( TAMAN DATO HENRY )

Taman ini mula dibangunkan semasa pihak majlis dibawah pimpinan Dato Henry Sum Agong semasa beliau menjawat sebagai Setiausaha Majlis.

  

DATARAN BANDAR LAWAS

Menyediakan kemudahan amphitheatre dan padang bola sepak berserta trek jogging.

     

 

TEBINGAN SUNGAI LAWAS

Sesuai untuk tempat memancing dan lepak.  Kawasan tumpuan utama pada sebelah malam.