Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 20 Nov 2017
Versi 8.0.2c
SejarahSejarah

Walaupun penubuhan majlis-majlis daerah telah bermula sejak tahun 1952, Majlis Daerah Lawas hanya diwujudkan dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 1954 dengan terbinanya pejabat pertama Majis Daerah Lawas. Penubuhan Majlis Daerah Lawas adalah selaras dengan ‘Local Authority Ordinance 1948′ seperti majlis–majlis daerah yang lain.

PEJABAT PERTAMA

Pada tahun 1956, pihak majlis telah membina pejabat di Pekan Lawas dengan kos pembinaan RM4,000.00 sahaja. Peruntukan pembinaan pejabat tersebut dibiayai oleh kerajaan negeri sebanyak RM2,000.00 dan bakinya dibiayai oleh pihak Majlis.

PEJABAT KEDUA


Perubahan semasa yang menuntut kepada pertambahan fungsi majlis telah menyebabkan pihak majlis telah membina sebuah pejabat baru pada tahun 1987. Pembinaan bangunan pejabat baru bertujuan untuk menampung jumlah bilangan kakitangan Majlis yang semakin bertambah.

Pejabat baru ini telah dibina berdekatan tapak pejabat lama dan kos pembinaan ialah RM500,000.00. Kos pembinaan dibiayai melalui ‘capital grant’ sebanyak RM350,000.00 dan selebihnya iaitu RM150,000.00 dibiayai oleh pihak Majlis. Dengan siapnya pejabat yang baru pada 26hb Mei 1987 maka secara rasminya juga pada tahun berkenaan pejabat lama telah dirobohkan dan tapak pejabat tersebut telah didirikan dengan kuarters staff Majlis.

PEJABAT SEKARANG

Tahun 2008 pula menyaksikan pejabat yang digunapakai sekarang ini telah siap dibina sepenuhnya.  Pejabat ini selamat dirasmikan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 26 Februari 2008.