Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 20 Nov 2017
Versi 8.0.2c
PengerusiPengerusi

Amanat Tuan Pengerusi

Saya berasa gembira dan bertuah kerana diberi peluang untuk menyampaikan kata-kata aluan di laman web Majlis Daerah Lawas ini. Memang tepat pada waktunya laman web ini dibina. Melalui laman web ini, Majlis Daerah Lawas akan dapat mengetengahkan aktiviti-aktiviti Majlis kepada warga Sarawak, warga Malaysia malah kepada seluruh warga dunia.

Dengan mempamirkan ciri-ciri yang unik dan pelbagai kebudayaan Masyarakat Lawas di Laman web ini nanti akan dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke Lawas untuk melihat lebih dekat lagi cara hidup dan pelbagai kebudayaan Masyarakat berbilang kaum di Lawas.

Di era globalisasi, teknologi maklumat (IT), dunia tanpa sempadan dan K-Ekonomi ini kita perlu berinteraksi di antara satu dengan yang lain untuk mendapatkan maklumat terkini. Pada masa ini maklumat merupakan sumber terpenting untuk membuat perancangan dan keputusan. Laman web merupakan media untuk kita berinteraksi bagi mendapatkan maklumat di antara satu Majlis Daerah dengan Majlis Daerah yang lain. Perkongsian maklumat akan mempercepatkan kemajuan seluruh Majlis Daerah bagi mencapai Wawasan 2020.

Sekian terima kasih.

En. Hussaini Hakim
Pengerusi,
Majlis Daerah Lawas,
Sarawak.