Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 20 Nov 2017
Versi 8.0.2c
LatarbelakangLatarbelakang

Daerah Lawas merupakan sebuah daerah yang terletak di Bahagian Limbang, Negeri Sarawak. Kedudukan Daerah Lawas yang stragetik iaitu bersempadan dengan Negeri Sabah dan Negara Brunei Darussalam serta Wilayah Persekutuan Labuan menjadikan Daerah Lawas sebagai tumpuan pelancong luar terutamanya penduduk Brunei.  Keadaan alam semulajadi yang berbukit  bukau serta kehijauan floranya menjadikan Lawas daerah yang kaya dengan segala hasil tanaman buah-buahan serta sayur-sayurannya. Salah satu keunikan Daerah Lawas ialah pengeluaran buah epal dan oren yang boleh didapati di kawasan tanah tinggi Ba’kelalan. Bagi memastikan segala pembangunan daerah berjalan dengan lancar, kewujudan Majlis Daerah Lawas adalah bersesuaian bagi memastikan Daerah Lawas tidak ketinggalan dalam era pembangunan di Negeri Sarawak ini.

Asal – usul Lawas seperti yang dinyatakan oleh Chang Pat Foh dalam ‘ Legends and History Of Sarawak adalah seperti berikut: ” Originally, Lawas was part of Brunei but Sultan of Brunei leased it to the British North Borneo Company.  It was only on 5.1.1905, the Lawas River area was annexed to Sarawak from British North Borneo Company with the consent from the British Goverment.  Lawas, in Bahasa Malaysia means “Luas”, is spacious and wide area.  In the olden days, people in the area grouped themselves together in the spacoius area to settle down there and, hence, a township was born.  However, there is another legend.  Long time ago, a group of merchants was attacked and chased after by the pirates at Kuala Lawas.  They escaped and retreated to the present site of Lawas Town. At the time the area was thick jungle and they managed to hide themselves there.  The pirates could not find them and they returned to the sea.  the merchants felt relief, safe and secure.  In local malay dialect, it was called “Lawas” ( relief, safe and secure ) until today.

Majlis Daerah Lawas yang ditubuhkan sejak tahun 1954 telah diberi tanggungjawab melaksanakan  kuasa untuk mentadbir kawasan-kawasan  di bawah jagaannya menurut kuasa  undang-undang yang termaktub di bawah ‘Local Authorities Ordinance 1948′ dan Undang-Undang Kecil Majlis Tempatan (Council By-Laws) yang  digubal dan termaktub dalam Ordinan yang sama.

Majlis Daerah Lawas berada   di bawah pentadbiran Kementerian Kerajaan Tempatan Sarawak (MLG) dahulunya LGCD. Ianya diketuai oleh Pengerusi Majlis selaku Yang Dipertua Majilis yang mana biasanya disandang oleh Pegawai Daerah Lawas. Majlis Daearah Lawas ditunjangi oleh tujuh sekysen iaitu Pentadbiran, Penbendaharaan, Penilaian, Penguatkuasa, Perpustakaan, Kerja Raya dan Kesihatan Awam. Pengkhususan Majlis kepada tujuh sekysen adalah untuk memastikan dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta keberkesanan fungsinya.

Hasil daripada kerjasama semua sekysen ini, Lawas telah dikenali sebagai antara daerah di Sarawak yang terkenal dengan kebersihan dan keindahan. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa kejayaan pihak Majlis menjuarai pertandingan Peogram Bersih dan Indah di samping mewakili Negeri Sarawak di peringkat Kebangsaan. Komen-komen daripada ahli politik negeri jiran Sabah, juga membuktikan bahawa kehadiran Lawas di peta Malaysia sudah dikenali.